Monday, 18 August 2014

Kudis Pendidikan



Pendidikan menjadi picu percikan untuk manusia berkembang.Manusia perlu didikan agar untuk terus berikhtiar untuk hidup dan bernafas dimuka bumi.Pendidikan bukan sahaja menjadi renjatan evolusi manusia untuk terus membangun secara global,malah membentuk manusia untuk menjadi “insan".Melalui pendidikan,manusia mampu untuk mewujudkan perbezaan ketara dengan binatang sekaligus ini menyangkal teori-teori Sir Charles Darwin.
Pendidikan menjadi begitu penting sehinggakan pendidikan dijadikan sebahagian daripada hak keperluan asasi manusia.Ini bilamana sesiapa sahaja yang bergelar manusia dimuka bumi ini hendaklah beroleh pendidikan sepertimana yang termaktub dalam Fasal 26 Deklarasi Persatuan Hak Asasi Manusia yang menyebut;

 Everyone has the right to education. Education shall be free, at least in the elementary and fundamental stages. Elementary education shall be compulsory. Technical and professional education shall be made generally available and higher education shall be equally accessible to all on the basis of merit.

Terjemahan

Sesiapa sahaja berhak untuk mendapat pendidikan ,pendidikan seharusnya bebas dan percuma.Sekurang-kurangnya diperingkat asas.Asas pendidikan haruslah perlu.Pendidikan teknikal dan professional hendaklah dibuat secara umum dan kemasukan perlulah samarata mengikut keperluan asas merit.

Baiklah,tanggal 12 Ogos 2014 tercetus dilaman sosial apabila diumumkan keputusan UPU(Bahagian Kemasukan Ke Pengajian Tinggi) dan berlaku perbalahan siber yang memperkecilkan taraf pendidikan politeknik.Hal ini menandakan masyarakat kita yang menimbulkan sistem perkelasan dalam pendidikan.Hal ini menimbulkan jurang besar dalam kalangan mereka.Pendidikan telah memecahkan perpaduan masyarakat.Stigma ini sudah pekat menular dalam darah masyarakat kita dari pemikiran anak muda hingga ibubapa.

Anak-anak muda yang menuntut di politeknik,diploma dan sebagainya dianggap pelajar-pelajar yang gagal untuk cemerlang dalam tahun akhir persekolahan sebaliknya pelajar yang dalam kursus tinggi ijazah dilihat prospectus lebih cerah persis  hari yang dijanjikan tiada hujan.Adakah ini yang dimaksudkan matlamat pendidikan?Stigma ini bukan sahaja memecah-belahkan anak-anak muda yang akan mewarisi bangsa dihari esok bahkan membusuk-hancingkan lagi nama pendidikan.Cukuplah sistem pendidikan “panoptic”  dan “absolutism” yang kita jana.

Sistem pendidikan di dunia ketiga ini hendaklah melahirkan masyarat yang berani untuk bangkit untuk merevolusikan masyarakat kearah yang lebih baik.Jalan pendidikan merupakan asas-tunjang revolusi sesebuah masyarakat yang progresif.Kandungan hegemoni-hegemoni Kapitalisme yang wujud dalam pendidikan tempatan ini haruslah ditentang samasekali.Yang lemah dalam pelajaran tidak seharusnya ditindas dan dilabelkan bodoh bahkan mereka harus dipandang sama tinggi dengan pelajar-pelajar ijazah yang lain kerana mereka ini saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain.Kita percaya kompilasi peringkat-peringkat ini mampu mencetuskan impak padu dalam perkembangan ekonomi sosial negara.Sekaligus menghapuskan sistem kelas dalam pendidikan.

Thursday, 14 August 2014

Jembalanque Cinta

Bagai pungguk rindukan bulan,
Rasa sayang mu satu persatu berpinak rasa cinta,
Hatiku ditarik lemas kedalam jerlusmu,
Kau benamkan anggotaku satu demi satu,
Benam kedalam pool asmaramu,
Kau perawan terbaik lagi mempersona,
Merenggut terunaku.
Aduh…

Roti Buat Rakyat



Lendut siling langit bertukar gelap,
Yang jadi bumbung teduh umat ini,
Bapa pulang dari bandar,
Bawa pulang sebuku roti,
Sebuku roti dari kantor.
Bapa pulang bawa buku roti,
Buku roti yang dari kantor,
Kantor papa di bandar,
Tempat papa bekerja,
Roti yang diberi oleh majikan bapa.
Sebuku roti buat anak dan isteri,
Buat jiran tetangga yang perut kosong,
Jiran bergarap jalanan meminta-minta,
Bukankah yang kaya perlu lihat mereka?
Perlu tunai zakat dan mana yang perlu?
Mengapa mereka enggan?
Bukankah roti itu untuk semua?
Roti adalah makanan kami,
Yang menjadi ruji makanan kami,
Yang memenuhi perut-perut kami,
Roti kami diambil,
Dijamah rakus sang kaya lupa dan cukong,
Kapitalis memiliknama ladang gandum,
Ladang yang produs roti kami,
Roti kami dirampas.
Roti untuk rakyat,
Kami bisa revolusi,
Kami bangkit berbahu rapat bangkit,
Bangkit menegak keadilan kembali,
Roti adalah makanan rakyat,
Bukan rakusan kapitalis2 bangsat.
Bapa kami bawa roti,
Mengenyangkan kami,
Roti untuk semua,
Roti adalah hak kami.