Pendidikan menjadi picu percikan untuk manusia
berkembang.Manusia perlu didikan agar untuk terus berikhtiar untuk hidup dan
bernafas dimuka bumi.Pendidikan bukan sahaja menjadi renjatan evolusi manusia
untuk terus membangun secara global,malah membentuk manusia untuk menjadi “insan".Melalui
pendidikan,manusia mampu untuk mewujudkan perbezaan ketara dengan binatang
sekaligus ini menyangkal teori-teori Sir Charles Darwin.
Pendidikan menjadi begitu penting sehinggakan pendidikan
dijadikan sebahagian daripada hak keperluan asasi manusia.Ini bilamana sesiapa
sahaja yang bergelar manusia dimuka bumi ini hendaklah beroleh pendidikan sepertimana
yang termaktub dalam Fasal 26 Deklarasi Persatuan Hak Asasi Manusia yang
menyebut;
Everyone
has the right to education. Education shall be free, at least in the elementary
and fundamental stages. Elementary education shall be compulsory. Technical and
professional education shall be made generally available and higher education
shall be equally accessible to all on the basis of merit.
Terjemahan
Sesiapa sahaja berhak untuk mendapat pendidikan
,pendidikan seharusnya bebas dan percuma.Sekurang-kurangnya diperingkat
asas.Asas pendidikan haruslah perlu.Pendidikan teknikal dan professional hendaklah
dibuat secara umum dan kemasukan perlulah samarata mengikut keperluan asas
merit.
Baiklah,tanggal 12 Ogos 2014 tercetus dilaman sosial apabila diumumkan
keputusan UPU(Bahagian Kemasukan Ke Pengajian Tinggi) dan berlaku perbalahan
siber yang memperkecilkan taraf pendidikan politeknik.Hal ini menandakan
masyarakat kita yang menimbulkan sistem perkelasan dalam pendidikan.Hal ini
menimbulkan jurang besar dalam kalangan mereka.Pendidikan telah memecahkan
perpaduan masyarakat.Stigma ini sudah pekat menular dalam darah masyarakat kita
dari pemikiran anak muda hingga ibubapa.
Anak-anak muda yang menuntut di politeknik,diploma dan sebagainya
dianggap pelajar-pelajar yang gagal untuk cemerlang dalam tahun akhir
persekolahan sebaliknya pelajar yang dalam kursus tinggi ijazah dilihat prospectus
lebih cerah persis hari yang dijanjikan
tiada hujan.Adakah ini yang dimaksudkan matlamat pendidikan?Stigma ini bukan
sahaja memecah-belahkan anak-anak muda yang akan mewarisi bangsa dihari esok
bahkan membusuk-hancingkan lagi nama pendidikan.Cukuplah sistem pendidikan “panoptic” dan “absolutism” yang kita jana.
Sistem pendidikan di dunia ketiga ini hendaklah melahirkan masyarat yang berani untuk bangkit untuk merevolusikan masyarakat kearah yang lebih baik.Jalan pendidikan merupakan asas-tunjang revolusi sesebuah masyarakat yang progresif.Kandungan hegemoni-hegemoni Kapitalisme yang wujud dalam pendidikan tempatan ini haruslah ditentang samasekali.Yang lemah dalam pelajaran tidak seharusnya ditindas dan dilabelkan bodoh bahkan mereka harus dipandang sama tinggi dengan pelajar-pelajar ijazah yang lain kerana mereka ini saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain.Kita percaya kompilasi peringkat-peringkat ini mampu mencetuskan impak padu dalam perkembangan ekonomi sosial negara.Sekaligus menghapuskan sistem kelas dalam pendidikan.

No comments :
Post a Comment