Monday, 18 August 2014

Kudis Pendidikan



Pendidikan menjadi picu percikan untuk manusia berkembang.Manusia perlu didikan agar untuk terus berikhtiar untuk hidup dan bernafas dimuka bumi.Pendidikan bukan sahaja menjadi renjatan evolusi manusia untuk terus membangun secara global,malah membentuk manusia untuk menjadi “insan".Melalui pendidikan,manusia mampu untuk mewujudkan perbezaan ketara dengan binatang sekaligus ini menyangkal teori-teori Sir Charles Darwin.
Pendidikan menjadi begitu penting sehinggakan pendidikan dijadikan sebahagian daripada hak keperluan asasi manusia.Ini bilamana sesiapa sahaja yang bergelar manusia dimuka bumi ini hendaklah beroleh pendidikan sepertimana yang termaktub dalam Fasal 26 Deklarasi Persatuan Hak Asasi Manusia yang menyebut;

 Everyone has the right to education. Education shall be free, at least in the elementary and fundamental stages. Elementary education shall be compulsory. Technical and professional education shall be made generally available and higher education shall be equally accessible to all on the basis of merit.

Terjemahan

Sesiapa sahaja berhak untuk mendapat pendidikan ,pendidikan seharusnya bebas dan percuma.Sekurang-kurangnya diperingkat asas.Asas pendidikan haruslah perlu.Pendidikan teknikal dan professional hendaklah dibuat secara umum dan kemasukan perlulah samarata mengikut keperluan asas merit.

Baiklah,tanggal 12 Ogos 2014 tercetus dilaman sosial apabila diumumkan keputusan UPU(Bahagian Kemasukan Ke Pengajian Tinggi) dan berlaku perbalahan siber yang memperkecilkan taraf pendidikan politeknik.Hal ini menandakan masyarakat kita yang menimbulkan sistem perkelasan dalam pendidikan.Hal ini menimbulkan jurang besar dalam kalangan mereka.Pendidikan telah memecahkan perpaduan masyarakat.Stigma ini sudah pekat menular dalam darah masyarakat kita dari pemikiran anak muda hingga ibubapa.

Anak-anak muda yang menuntut di politeknik,diploma dan sebagainya dianggap pelajar-pelajar yang gagal untuk cemerlang dalam tahun akhir persekolahan sebaliknya pelajar yang dalam kursus tinggi ijazah dilihat prospectus lebih cerah persis  hari yang dijanjikan tiada hujan.Adakah ini yang dimaksudkan matlamat pendidikan?Stigma ini bukan sahaja memecah-belahkan anak-anak muda yang akan mewarisi bangsa dihari esok bahkan membusuk-hancingkan lagi nama pendidikan.Cukuplah sistem pendidikan “panoptic”  dan “absolutism” yang kita jana.

Sistem pendidikan di dunia ketiga ini hendaklah melahirkan masyarat yang berani untuk bangkit untuk merevolusikan masyarakat kearah yang lebih baik.Jalan pendidikan merupakan asas-tunjang revolusi sesebuah masyarakat yang progresif.Kandungan hegemoni-hegemoni Kapitalisme yang wujud dalam pendidikan tempatan ini haruslah ditentang samasekali.Yang lemah dalam pelajaran tidak seharusnya ditindas dan dilabelkan bodoh bahkan mereka harus dipandang sama tinggi dengan pelajar-pelajar ijazah yang lain kerana mereka ini saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain.Kita percaya kompilasi peringkat-peringkat ini mampu mencetuskan impak padu dalam perkembangan ekonomi sosial negara.Sekaligus menghapuskan sistem kelas dalam pendidikan.

Thursday, 14 August 2014

Jembalanque Cinta

Bagai pungguk rindukan bulan,
Rasa sayang mu satu persatu berpinak rasa cinta,
Hatiku ditarik lemas kedalam jerlusmu,
Kau benamkan anggotaku satu demi satu,
Benam kedalam pool asmaramu,
Kau perawan terbaik lagi mempersona,
Merenggut terunaku.
Aduh…

Roti Buat Rakyat



Lendut siling langit bertukar gelap,
Yang jadi bumbung teduh umat ini,
Bapa pulang dari bandar,
Bawa pulang sebuku roti,
Sebuku roti dari kantor.
Bapa pulang bawa buku roti,
Buku roti yang dari kantor,
Kantor papa di bandar,
Tempat papa bekerja,
Roti yang diberi oleh majikan bapa.
Sebuku roti buat anak dan isteri,
Buat jiran tetangga yang perut kosong,
Jiran bergarap jalanan meminta-minta,
Bukankah yang kaya perlu lihat mereka?
Perlu tunai zakat dan mana yang perlu?
Mengapa mereka enggan?
Bukankah roti itu untuk semua?
Roti adalah makanan kami,
Yang menjadi ruji makanan kami,
Yang memenuhi perut-perut kami,
Roti kami diambil,
Dijamah rakus sang kaya lupa dan cukong,
Kapitalis memiliknama ladang gandum,
Ladang yang produs roti kami,
Roti kami dirampas.
Roti untuk rakyat,
Kami bisa revolusi,
Kami bangkit berbahu rapat bangkit,
Bangkit menegak keadilan kembali,
Roti adalah makanan rakyat,
Bukan rakusan kapitalis2 bangsat.
Bapa kami bawa roti,
Mengenyangkan kami,
Roti untuk semua,
Roti adalah hak kami.

Tuesday, 22 July 2014

Tamara,cintaku di Gaza

Tamara,
Cinta pertamaku,
Yang aku kenali dulu,
Yang selalu menjadi gula dan rencah enak hidupku,
Yang tak bisa aku dekati dan dengari,
Tapi mampu aku ingati,
Kita memeluk erat didalam dunia kita,
Berbicara sayang menerusi mel-mel cinta,
Ingin sekali aku memilikimu oh Tamara.
Jadikan mu teman perjuanganku hingga mati.

Namun sayang,
Tamara dihimpit di kota kelahirannya,
Sedang melanda tengkujuh hujan bom dan mortar,
Bala tentera saudara ibrahim memenuhi inci-inci kota,
Mengakui perwarisan bangsa di setiap persegi kota,
Wahana kekerasan yang digunakan untuk mengungguli bangsa,
Sanak-saudara Tamara dibunuh dan diperkosa,
Jiran rantau sekeliling tiada berbuat apa-apa,
Mereka bisu dan buta-tuli,
Menutup sempadan sekeliling,
Bahkan hanya merelakan saudara seagama dihinjak-sehinjaknya dek rejim durjana.

Tamara,
Apa khabarmu disana,
Aku disini merinduimu,
Aku menanti beritamu penuh gundah,
Tak putus mendoakanmu agar senantiasa sejahtera,
Aku menginginkanmu disini,
Disisiku,
Di negaraku yang indah permai,
Dibawah lindungan tirai demokrasi aman,
Tenteram dan harmoni untuk kita duduki,

Sayang,
Ingin sekali aku menatap dirimu,
Wajah putih yang murah dengan senyuman memikatmu,
Rambut lurus harum perang yang meninggalkan bau indah dihidungku,
Tubuh genit yang selama ini aku idamkan,
Merangkulmu dengan penuh belai dan mesra,
Menyusun-karang bicara cinta
Dan cinta yang disemai telah kita perjuangkan,
Sentiasa aku penuh nanti akan utusan darimu,
Khabarkanlah suatu berita dari Gaza,
Berita  keamanan dan keindahan,
Buat kau,aku dan kita berdua.
Buat pujaan hatiku Tamara di bumi Gaza…

Thursday, 17 July 2014

Bebel Timur Tengah


Sebuah Perjanjian Palsu
 

 Gencatan perang sudah dimeterai.Disusurkan perjabatan tangan antara dua wilayah.Berjanji keamanan,berjaminan sebuah perikatan.Setelah sekian lama bertembak-tembakan,setelah berdekad-dekad saling berbunuhan.Adakah sebuah perjanjian dimeterai sebagai perjanjian atau mungkin janji adalah sekadar “janji-janji kosong”?

Jika diterjemah sebuah perjanjian melalui bahasa perundangan,perjanjian adalah terjadi apabila dua pihak atau lebih mencapai membawa niat yang resiprokal sesama pihak untuk mencapat sesuatu tujuan.Menurut bahasa mudahnya perjanjian adalah satu kesepakatan yang dapat dilaksanakan oleh pengadilan berdasarkan hukum yang berlaku,kepatutan dan kelayakan.

Oleh yang demikian,perjanjian boleh membawa kepada kegagalan dalam sesuatu perkara yang diusulkan.Sama seperti perjanjian-perjanjian Israel-Palestin yang acapkali terpampang di muka depan dada akhbar mahupun lobang-lobang radio.Apa akhirnya perjanjian tersebut?Terberantak ingkar dek sebelah pihak.Perjanjian demi perjanjian diaturkan diselingkan Amerika Syarikat kononnya sebagai orang tengah tapi apa hasilnya?Bagai menyangkakan hujan berpanjangan tapi panas di tengah hari.

Wednesday, 16 July 2014

Pinta Rayu

Bismillahirahmanirrahim
Menghilang lelah dibawah pohon tinggi beringin
beringin berjuntai mencapai bumi
Megah berdiri didalam bangunan tinggi dingin
Tingkat bawah marhaen selamanya diwarta kuli
Kian hari kian disembah tinggi
Badan dikaki menginjak kepala fakir lagi miskin
Bicara artileri kata mulia
Bawa kandung hati daging busuk lagi jahil berdegup sumbang.

Bismillahirahmanirrahim,
Pulang ladang bawa pulang barang
Barang dijamah anak-isteri
Barang dipetik mana tanya si-isteri
Diam daktil dan bahasa si-suami berpaling
Hakiki dikait si suami pisang dari kebun si tua berkeuzuran
Durian dirampas dari pepohon yang berdiri ditanah sang yatimi
Buat makan bikin darah anak bini.

Billah hua ya rahimm,
Ku bukakan hatiku dengan sektor ruangan kejujuran
Aku membatilkan racun-racun najis benci dalam hati
Sembah syukur padamMu dengan apa yang telah dikaruniakan
Curi,rasuah adalah kebatilan yang aku hindari.

Amin.

Mahasiswa Universiti dan Penjara Banduan



Penulis menterjemahkan erti universiti sebagai sebuah institusi idaman para ibubapa untuk anak-anak mereka belajar disitu.Tanpa mengira samaada pra-diploma,diploma mahupun sarjana muda sememangnya menjadi matlamat setiap ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke universiti bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Lebih-lebih lagi keluarga mahasiswa-mahasiswa yang berasal dari desa-desa kampong.Bukan main seronok lagi bila anak-anak menunjukkan surat tawaran kepada ibubapa yang sedang bercangkul di kebun(macam iklan2 di Tv3).Setelah genap setahun aku bergelar mahasiswa undang-undang disebuah universiti awam tempatan,aku lagi tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan “Mahasiswa” dan apa sebenarnya yang “Mahasiswa” ini bermatlamatkan dalam universiti sebenarnya?Jika jawapan yang diberikan pembaca adalah untuk menimba ilmu,untuk apa sebenarnya ilmu itu digunakan?
“Plants are shaped by cultivation and men by education. .. We are born weak, we need strength; we are born totally unprovided, we need aid; we are born stupid, we need judgment. Everything we do not have at our birth and which we need when we are grown is given us by education” (Jean Jacques Rousseau, Emile, On Philosophy of Education)
Seperti yang kita fahami dimana mahasiswa-mahasiswa mempelajari lanjutan ilmu untuk menghasilkan segulung ijazah bagi melayakkan mereka untuk diisi kedalam lubang-lubang perkerjaan yang semakin terhad.Seperti teori ekonomi apabila “supply” melebihi “demand” maka akan berlaku lebihan(excess supply).Diaplikasikan apabila mahasiswa-mahasiswa ini yang berhempas-pulas membakar lampu minyak tanah agar beroleh CGPA yang baik untuk melayakkan mereka untuk berkerja.Berlaku persaingan disini,dimana mereka berebut antara satu sama lain untuk beroleh perkerjaan.Hukum dunia telah mengatakan “the fittest surivived” dan yang tidak bernasib baik ini terus disisir menjadi penganggur.Ini yang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita, Kadar pengangguran menunjukkan peningkatan. Jumlah penganggur mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia adalah seramai 434,100 orang atau 3.3% daripada jumlah tenaga buruh pada tahun 2013.
Namun begitu,bukan itu yang ingin diperbincangkan disini.Apa yang ditekankan disini.Menjelang pilihanraya Hulu Selangor pada tahun 2010 bilamana 4 orang mahasiswa universiti tempatan ditangkap kerana menyalahi statut undang-undang AUKU kerana telah melanggar seksyen 15(5)(a) kerana telah menghadiri aktiviti politik.Kes ini telah diheret keluar tribunal universiti ke sidang Mahkamah Rayuan memberi keputusan bahawa seksyen tersebut adalah tidak berpelembagaan kerana menafikan hak berekspresi sepertimana yang tercatat pada Perkara 10 Persekutuan Perlembagaan.
Hal ini sangat membingungkan.Tidak tahu apa hala matlamat mahasiswa sebenar.Mahasiwa adalah dilarang sama sekali untuk melakukan  sebarang bentuk kajian yang mereka gemari atas dasar merisikokan keselamatan negara sekaligus melahirkan tuduhan keatas mereka seperti merosakkan keharmonian negara dan sebagainya sepertimana yang termaktub dalam AUKU.Mahasiswa yang sepatutnya dilihat bergelumang dengan masyarakat seiring dengan isu-isu semasa yang melanggar masyarakat ini.Mahasiswa adalah gelaran pada golongan ahli akademik yang berdamping dengan masyarakat,kenali masalah mereka dan berbincang untuk penyelesaian.Bukan hanya sekadar duduk di meja study khusyuk memuatturun lagu-lagu Kpop dan bergossip.Lontaran suara masyarakat tidak dipedulikan kerana tidak membawa untung pada pointer mereka.
Mahasiswa berlumba-lumba mengejar pointer setinggi langit,bagi sebuah perkerjaan yang bagus.Manakala yang tidak bernasib baik,terus ditindas ketinggalan beroleh pangkat penganggur.Perkara sebegini dapat kita lihat di universiti-universiti tempatan.Mahasiswa-mahasiswa ini umpama banduan.Ya,banduan yang sedar akan apa mereka lakukan terperangkap dalam penjara yang diberi nama AUKU.Banduan-banduan ini diperhati oleh sebuah menara tinggi yang didiami oleh sebuah pemerhati yang tidak diketahui oleh banduan-banduan dalam penjara tersebut (formula J.Bentham mengenai Panoptic).
Disiplin universiti atau pusat penjara tersebut menjadi kuasa warden penjara untuk dikenakan kepada mahasiswa-mahasiswa(banduan) dengan sesuka hati.Membataskan sebarang aktiviti penglibatan mereka dengan masyarakat yang dilihat sebagai gerakan mahasiswa partisan sedangkan itu adalah apa yang perlu digalakan pada mereka daripada mereka hanya sekadar terlentar membuta sepanjang hari ponteng dari menghadiri kuliah.
Namun begitu,undang-undang itu amat menakutkan mahasiswa-mahasiswa ini kerana ini akan menyebabkan mereka dibuang universiti dan tidak lagi boleh meneruskan pengajian lalu masa depan tergadai sia-sia.Maka tidak hairan lagi bahawa zaman intelektual kita sudah berakhir dimana cendekiawan muda tidak lagi boleh aktif dalam mengaplikasi ilmu oleh kerana undang-undang drakonik ini.Pengecualian dalam wadah mereka untuk berpolitik menjadikan mereka layu dan tidak bervisi kerana tidak dilatih dari muda atau mungkin pemerintah menyedari bahawa potensi mereka sangat luar biasa lalu berkemungkinan menggugatkan kedudukan politik mereka saya tidak dapat mengetahui wallahualam.
Dalam keadaan begini,berlaku golongan yang ditindas dan menindas.Mahasiswa hanya mampu mengikut telunjuk dan tidak dibenarkan berfikir sendiri.Mahasiwa tidak ubah seperti lembu yang dicucuk hidungnya.Oleh itu mahasiswa perlu turun padang bagi menghadam masalah-masalah masyarakat sebagai salahsatu praktikal untuk mereka memimpin dimasa hadapan.Masa berputar semakin pantas,pucuk pimpinan terkini makin beruban.Strategi baru perlu diatur agar kita keluar dari tampuk yang lama kepada pimpinan baru yang lebih berstrategi.Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti-aktiviti masyarakat adalah amat digalakkan agar mereka bias memahami rencam budaya dan sosial tempatan sekaligus pendedahan ini mengembalikan kegemilangan intelektual masyarakat Malaysia di masa hadapan.
Wahai sahabat-sahabat mahasiswa sekalian,era authoritarian negara telah lama berakhir semenjak keputusan Tun Mahathir untuk meletak jawatan dari kepimpinan negara.Ayuh kita bersama melakukan sebuah transformasi mahasiswa yang baru dengan menghidupkan kembali “public corner” yang membincangkan isu-isu ekonomi,sosial dan budaya.Akal muda tak seharusnya menjadi lampiran sebelah dokumen-dokumen university tapi sebaliknya digunapakai agar tidak terus mati.
Kesimpulannya,sistem penjara sudah tidak perlu lagi kita gentar dan takuti.Mahasiswa era baru harus terus muncul dan beranak-pinak.Masa untuk berjuang sudah terpanggil.Sediakan makalah-makalah berkandungkan substance muda untuk kita perbincangkan disidang universiti.Gantikan segala parti domba kursus kahwin bagai dengan persidangan intelektual tanpa terikat dengan undang-undang.Biar mahasiswa berluah pendapat dan buah pemikiran.Mahasiswa perlu bangkit.Buktikan kebolehan mahasiswa,mahasiswa baru.Ayuh!