Wednesday, 28 May 2014

Tasik Innisfree (Olahan "Lake of Innisfree") William Butler Yeats

"Aku tak punya apa-apa,
Aku telah tinggalkan angan,
Angan yang diinjak telapak kaki kalian,
Berjalanlah dengan aman,
Kerana kalian berjalan diatas anganku"
 -William Butler Yeats

Sewaktu aku menuntut di sekolah menengah rendah dahulu,aku rajin menelaah karya-karya inggeris yang dikompilasikan dalam buku literasi subjek bahasa Inggeris di sekolah.Antara yang terawal menjadi tatapan aku adalah puisi karangan William Butler Yeats(dalam gambar) yang berjudul "The Lake of Innisfree".Aku memilih puisi ini untuk diolah semula kerana aku bisa mendalami karya ini seawalku membacanya.Waktu itu aku terlalu naif dan sekadar membaca untuk lulus peperiksaan.Setelah hampir sedekad berlalu aku kembali mengimbau literasi-literasi lama yang pernah aku baca dulu untuk dikongsi.

Puisi ini adalah antara hasil karya Yeats yang terawal.Tidak seperti puisi-puisi yang sezaman dengan itu,puisi ini tidak mengandungi elemen-elemen mistik dan tahyul.Sewaktu kecilnya,Yeats dibacakan oleh bapanya sebuah puisi berjudul Walden,karangan Henry David Thoreau.Yeats menggambarkan di usia remaja yang beliau akan tinggal di sebuah kota London dan berjalan di kaki lima dan suasana bunyi di sepanjang kaki lima itu menggambarkan audiotasi sebuah pulau yang terpencil dengan titisan tenang air tasik yang diilhamkan dari bunyi televisyen dikedai sepanjang kaki lima di kota London itu.

Mungkin Yeats suka berkhayal tentang kenikmatan suasana tenang di tasik itu tetapi kontradiksi dengan suasana hiruk-pikuk bandaraya cukup memberi impak akan imitasi puisi ini terhadap keinginan Yeats.Keinginan beliau untuk mengamati ketenangan tasik Innisfree,bayangan beliau yang menghuni pondok yang dibuat daripada tanah liat bersama madu lebah yang beliau pelihara.
Secara umumnya,puisi ini meluahkan keinginan yang mendalam Yeats akan ketenangan.Benarlah seperti yang dinukilkan pada jambatan "flyover" di Padang Jawa tertulis "Adalah fitrah manusia cintakan ketenangan dan kebersihan".

The Lake of Innisfree
 I will arise and go now, and go to Innisfree,
And a small cabin build there, of clay and wattles made;
Nine bean rows will I have there, a hive for the honey bee,
And live alone in the bee loud glade.

And I shall have some peace there, for peace comes dropping slow,
Dropping from the veils of the morning to where the cricket sings;
There midnight's all a glimmer, and noon a purple glow,
And evening full of the linnet's wings.

I will arise and go now, for always night and day
I hear lake water lapping with low sounds by the shore;
While I stand on the roadway, or on the pavements grey,
I hear it in the deep heart's core.
                     – W.B. Yeats

Monday, 26 May 2014

Sigar Tua

Bukankah aku harus dihabisi ?

Tidak terusik,tidak dihisap,
Aku disini,terbiar susun dalam bekas kayu mewah,
Aku terbiar disusun menyimpan sejuta kualiti,
Diberi oleh kapitalis buat yang teristimewa sebagai hadiah,

Aku terlalu lama dan tua,
Merasa kian usang direla melewati abad,
Didalam bekas yang tiada dibuka,
Tiada disentuh malah diingat,

Bukankah harus aku dihabisi?
Bukankah kini aku harus terbang?
Bukankah aku harus telah tiada?
Persoalan adalah persoalan.

Aku bukan tuhan takdirku,
Bukan lagi juragan jiwaku,
Aku adalah hamba masa,
hamba masa yang bertuhankan putaran waktu,
Waktu yang mati..

Aku hanyalah sigar tua,
Hanya menyimpan sejuta kualiti
kekal diratah masa,
Sampai akhir nanti..

 

 

Sunday, 25 May 2014

Darah Muda

"Berikan aku sepuluh orang pemuda dan aku akan gempakan seluruh bumi dan isinya" - Presiden Sokarno



Darah Muda
Darah muda,
biar nurani datang mengilhami
berteriak lantang sepenuh hati
biar bergema seluruh isi bumi
agar hilang gempita di sanubari
darah yang mengalir deras
dengan daya pemikiran yang pantas
buat kuasa meninju ketumpatan pemikiran tua
pemikiran tua yang tak pernah kenal erti ganjak
kekal papa di tampuk yang lama.

Asalku..


Hari kedua bakal berlalu sejak aku pulang dari kesibukan kotaraya Shah Alam ke bandar pokok palma Kuantan yang dirindui selalu.Bersama sekotak Surya dibeli dari kedai dan sebuah buku Anwar Ibrahim : An Evolution of a Muslim Democrat,aku memacu laju Viva putih ku ke sebuah tempat yang seringkali menjadi "port" aku membaca(sebab dirumah penuh gangguan Televisyen dan ketiduran).Acahan rakan-rakan yang pernah bersama di alam asasi Kuantan di Shah Alam meminta sedikit sebanyak gambar di Kuantan dan kalini aku paparkan Esplanade Pantai Taman Gelora yang terletak berdekatan pusat asasi Kuantan 1(Palang).

Indah bukan ?   
 Taman Gelora ini pada asalnya merupakan sebuah perkampungan kecil nelayan.Bersejajar dengan Kampung Tanjung Api dan terpisah diantara Sungai Kuantan dengan Tanjung Lumpur.

Seringkali menjadi tarikan pengantin baru melakukan penggambaran luar dan tempat untuk menenangkan jiwa yang diruntuh gundah.Tidak terlepas tempat pasangan berkasih bertenggek dua-dua.Kebanyakan penduduk berdekatan datang untuk berjoran kerana menurut mereka kadang-kala banyak tangkapan yang diperoleh dari Sungai Kuantan ni.Benarlah Allah akan mengurniakan nikmat buat hamba-hambaNya.Alhamdulillah...


Tumpuan aku membaca seringkali dirampas dek keindahan lautan biru China Selatan yang terbentang luas bagai tidak berpenghujung.
:)

Saturday, 24 May 2014

Kenang Jasa





  Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita pencalonan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen  Teluk Intan dimana parti pembangkang Democratic Action Party(DAP) meletakkan calon terbaru Dyana Sofya yang merupakan wanita melayu pertama yang bertanding mewakili parti berbilangbangsa itu.Tambahan pula,Dyana Sofya merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Teknologi Mara.Profil calon wanita ini mendapat kritikan yang hebat terutama dari pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO bilamana sebagai bekas pelajar universiti yang mengamalkan dasar kuota bumiputera mewakili kerusi bagi parti pembangkang.

 Ini menimbulkan tanda tanya adakah UiTM didirikan atas sebab-musabab untuk menguntungkan parti politik tertentu atau untuk memberi manfaat kepada rakyat.Rakyat mengundi untuk kerajaan untuk kerajaan memberi khidmat pada rakyat.Batu asasnya Universiti Teknologi Mara(UiTM) adalah institusi pendidikan rakyat dimana UMNO perlu berdiri sebagai kerajaan yang memberi peluang pendidikan kepada rakyat bukannya berdiri sebagai parti politik.Ada bezanya antara kerajaan dan parti politik.Parti politik adalah nama sesebuah organisasi yang melalui proses pilihanraya lima tahun sekali untuk mentadbir negara sebagai pemerintah(secara teori) manakala kerajaan adalah pengurus sesebuah negara untuk mentadbir yang diwakili oleh Perdana Menteri dan kabinet-kabinetnya(Eksekutif).Dengan kritikan-kritikan pemimpin-pemimpin tersebut kepada Dyana Sofya dibuat atas dasar apa?Sebagai sebuah kerajaan yang memberikan pendidikan kepada rakyat atau sebuah parti politik untuk manfaat kepada parti itu sendiri?
  
Ada sebilangan yang mengatakan tindak-tanduk Dyana Sofya yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Lim Kit Siang dan yang terbaru calon Pilihanraya Kecil Teluk Intan dalam tiket parti pembangkang sebagai tidak kenang budi.Ini diibaratkan sebagai “anak yang derhaka kepada ibubapa” kerana beliau telah mendapat pendidikan di UiTM dan mewakili parti pembangkang.Ini dilihat oleh penulis sesetengah pihak yang mengatakan hal itu seperti mengharapkan balasan daripada Dyana sebagai lepasan ijazah UiTM.Saya berani mengatakan analogi “anak derhaka” itu adalah kurang relevan kerana ibubapa tidak ada galang-ganti tetapi kerajaan boleh bertukar lima tahun sekali.Tiada undang-undang yang jelas mengatakan lepasan graduan universiti tidak dibenarkan untuk memihak kepada mana-mana parti.
  Mengapakah mereka seperti mengharapkan balasan sedangkan memberi pendidikan itu adalah tugas mereka sebagai kerajaan?Sedangkan kebebasan untuk berpolitik itu adalah hak rakyat dalam negara demokrasi dan ini termaktub dalam Perkara 10(1)(C) Perlembagaan Persekutuan dimana semua rakyat berhak untuk berorganisasi.Perkara ini memberi makna bahawa semua rakyat Malaysia berhak mendapat kebebasan untuk menyokong mahupun menganggotai mana-mana parti politik.
  Terbaru,terpampang disatu laman web MalaysiaToday.net komentar dari Datuk Jahara Hamid(BN-Teluk Air Tawar) mengenai isu Dyana Sofya yang berbunyi “she was ungrateful to the Barisan Nasional as she is a product of its education system”.Ini menampakkan lagi mereka lebih mengangkat martabat parti itu sendiri lebih daripada menjaga kepentingan rakyat untuk beroleh pendidikan.Apa yang ingin ditekankan disini adalah lebih baik jika diutamakan dahulu peranan-peranan kerajaan persekutuan dan nama parti akan naik dengan sendirinya melalui hasil tanggungjawab sebagai kerajaan.Adakah kerajaan hanya mahu memberi pendidikan kepada golongan yang menyokong sahaja?Tidak.Kenyataan tersebut jelas bahawa mereka lebih mengangkat berat isu parti berbanding kepentingan rakyat sendiri dan apabila timbul sahaja isu,masing-masing menuding jari tanpa idea penyelesaian.
  Sepertinya mereka harus matang dalam berkerajaan mahupun berpolitik.Ya tidak dinafikan UiTM sememangnya lahir daripada UMNO itu sendiri dan secara kasarnya tindakan Dyana Sofya itu dilihat sebagai tidak mengenang jasa.Tetapi terdapat pelbagai lagi wacana lain untuk mengelakkan perkara-perkara begini.Selain dari memberi kritikan-kritikan yang mengundang pertikaman lidah sesama masyarakat.Parti politik diibaratkan sebagai sebuah kedai dan biarkan rakyat sebagai pembeli menilai kedai yang terbaik.Ini bermakna parti politik yang memerintah perlu lebih inovatif dengan memberikan seberapa baik perkhidmatan kepada rakyat dan biarkan rakyat sebagai pengundi memilih parti politik mana yang terbaik untuk memimpin kerajaan.Tidak perlu saling kritik-mengkritik yang memaparkan ketidakmatangan politik dalam negara sekaligus memberi imej buruk di mata dunia.

-Orang Timur (Mahasiswa Undang-undang UiTM)

 

Surat buat wakil rakyat




Untukmu yang duduk sambil diskusi
Untuk mu yang biasa bersafari
Disana, di gedung DPR
Wakil rakyat kumpulan orang hebat
Bukan kumpulan teman-teman dekat
Apalagi sanak famili

Dihati dan lidahmu kami berharap
Suara kami tolong dengar lalu sampaikan
Jangan ragu jangan takut karang menghadap
Bicaralah yang lantang jangan hanya diam

Di kantung safarimu kami titipkan
Masa depan kami dan negeri ini
Dari Sabang sampai Merauke

Saudara dipilih bukan diloteri
Meski kami tak kenal siapa saudara
Kami tak sudi memilih para juara
Juara diam, juara he eh, juara ha ! ha ! ha !

Bila kita menyebut perkara mengenai wakil rakyat,seringkali timbul dalam benak fikiran kita bahawa mereka adalah pemain-pemain arena politik.Mereka memikul amanah rakyat dikawasan masing-masing untuk diperdengarkan kepada ketua kerajaan di sebuah dewan yang kita kenali Dewan Parlimen.Kali ini Penulis ingin berkongsikan sebuah lagu yang menceritakan tentang harapan rakyat buat wakil-wakilnya.
Petikan diatas diambil dari lagu berjudul “Surat Untuk Wakil Rakyat” nyanyian Iwan Falls penyanyi dari negeri seberang.Penulis amat tertarik dengan lagu ini kerana isi-isi liriknya cukup member sentuhan dalam pemikiran penulis mengenai kondisi wakil-wakil rakyat di masa ini.Lagu ini memberi mesej kepada wakil-wakil rakyat untuk berpegang kepada amanah masyarakat.Yang paling menarik adalah tersirat juga sindiran-sindiran kepada wakil rakyat agar tidak hanya berpeluk tubuh apabila ketika rakyat memerlukan perhatian kerajaan.Lagu ini boleh didapati di laman youtube dan dimuat turun di laman-laman yang berkenaan.



Politik Islam dan Politik Kontemporari,Sepadankah?



Edisi 1 : Syura dan Pilihanraya Demokrasi

  Adapun pemodenan itu dilihat sebagai langkah-langkah mengorak hadapan sesuatu bangsa dan masyarakat sesebuah negara,kecemerlangan akademik yang mengukur kemajuan sesuatu bangsa sepertimana yang dikatakan oleh cendekiawan barat,Darcy Riberio membuktikan kecukupan untuk menjadi satu pencapaian ketamadunan yang tinggi.Itu menurut perspektif barat,manakalah apa yang dikatakan oleh cendekiawan islam tempatan,Profesor Syed Naquib Al-Attas adalah pencapaian ketamadunan sebuah tamadun itu adalah dengan mengikut ukuran pencapaian akademik dan lahiriah dan hujah ini disokong oleh ilmuan barat seperti RA Buchanan[1].Apa yang menjadi persoalan dan isu yang membutuhkan sejuta kefahaman disini adakah berlaku kesesuaian antara pencapaian akademik dan lahiriah ini?Bagaimanakah untuk menggabungkan ekstrak-ekstrak akademik dan lahiriah ini?Kenapakah perlu untuk dicampuradukkan aspek Islam konservatif dalam spiritual/lahirah dengan aspek akademik liberal dalam politik  ini?
*Penulis menganalisis isu dalam konteks Malaysia
Pertama sekali kita perlu lihat dahulu kepada perbezaan-perbezaan yang terdapat pada konsep politik Islam dan konsep politik barat dalam sistem syura dan system pilihanraya.
Syura
  Syura atau dikenali sebagai Majlis Syura Negara bertanggungjawab dalam membantu ketua negara Islam dalam melaksanakan pentadbiran negara kerana ia berbatu asaskan suara-suara rakyat. Perkataan syura berasal  daripada perkataan Arab yang bermaksud mesyuarat . Kepimpinan pemerintahan dan pentadbiran Islam berasaskan sistem perbincangan , perundingan dan nasihat dalam menentukan keputusan dan ketetapan.Sebelum penulis berbicara panjang mengenai Syura,terlebih dahulu penulis akan menceritakan dahulu sejarah dan asal-usul Syura.Selepas kewafatan Rasulullah SAW,pengganti kepada pemerintahan baginda adalah digelarkan gelaran Khalifah yang bererti pemimpin.Selepas tampuk pemerintahan Rasulullah SAW tamat,empat zaman khalifah dilantik satu persatu bagi menyambung pemerintahan Islam yang diterajui oleh Khalifah Saidina Abu Bakar yang merupakan khalifah pertama.Khalifah kedua ialah Saidina Umar Al-Khattab,ketiga ialah Saidina Ali dan selepas pembunuhan Saidina Ali,Khalifah keempat dan terakhir dilantik iaitu Saidina Uthman Al-Affan.Keempa-empat Khulafa Arrasyidin ini dilantik melalui sistem syura bilamana ketua-ketua dari segenap kabilah berkumpul,berunding dan mendapatkan keputusan sebulat suara bagi melantik khalifah yang baru.Adapun pendapat yang mengatakan sistem syura ini bermula dari zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar Al-Khattab.Namunbegitu melalui pembacaan penulis dalam Hikayat Saidina Abu Bakar dalam pengarangan oleh Abdul Latip Talib bahawa sejak dari zaman Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq lagi telah menggunakan sistem syura dan ini bermakna aplikasi majlis syura pada zaman khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan pengenalan majlis syura adalah dari zaman Rasulullah SAW. [2]
   Jikalau kita melihat tugas-tugas atau portfolio majlis syura dalam konteks pembahagian kuasa,majlis syura dikategorikan sebagai kuasa eksekutif dalam melaksanakan pentadbiran dizaman Khulafa Arrasyidin.Sepertimana yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan kabinet-kabinet menteri dalam pemerintahan negara.Majlis Syura juga menjadi sandaran atau rujukan untuk melaksanakan undang-undang Allah dimana ahli-ahli majlis syura terdiri daripada golongan-golongan cerdik-pandai dan warak yang dilantik sebagai ketua kepada kabilah-kabilah yang diwakili.Masyarakat pada zaman arab klasik,masyarakat hidup dalam kabilah masing-masing mengikut kategori nasab keturunan seperti Bani Quraish dan sebagainya.Ahli-ahli  Majlis Syura dipilih dengan memenuhi ciri-ciri seperti adil, berilmu, sejahtera anggota tubuh badan, mempunyai pemikiran yang waras dan tajam serta tahu ilmu siasah (mempunyai visi /wawasan terhadap masa depan negara, berani dan warak).Ini bertepatan dengan tugas majlis syura yang menjadi sandaran atau rujukan untuk melaksanakan undang Allah,ahli-ahli majlis syura seharusnya perlu berpengetahuan dan berilmu agar keputusan yang benar dan muktamad dapat dibuahkan hasil dari perlaksanaan mesyuarat atau majlis syura tersebut apabila timbul maslahat dalam kalangan masyarakat.Penulis berpendapat secara kasarnya terlalu sukar untuk mendapatkan wakil-wakil untuk menganggotai ahli majlis syura jikalau mengikut ciri-ciri yang dikategorikan.Akan tetapi tidak mustahil dan ada sahaja negara-negara yang mengamalkan sistem perundangan berbentuk Theology seperti Iran dimana Al-Quran menjadi asas perlembagaan mereka dan mereka menggunakan majlis syura. Ini dapat disimpulkan sememangnya dalam masyarakat amatlah sedikit yang bisa memenuhi kriteria untuk menjadi ahli syura tetapi tidak sesekali mustahil untuk diorganisasikan.Ini kerana keputusan yang dibuat perlulah wajar dan rasional kerana Islam itu sendiri agama yang sempurna lagi menuntut pemikiran yang rasional.
   Jika diperhalusi dengan lebih dalam majlis syura dilihat sebagai wacana dalam menguruskan pentadbiran berlandaskan sistem perbincangan dan perundingan musyawarah dalam menentukan sesuatu natijah dan tindakan.Ketetapan dan keputusan ditentukan melalui sebulat suara ahli majlis menjadi salah satu prinsip utama syura. Amalan Syura merupakan aspek penting yang dibrikan penekanan dalam sistem kepimpinan Islam. Tunggak dalam dasar pemerintahan dan pentadbiran. Pelaksanaan semangat syura di dalam pengurusan dituntut oleh al-Quran dan al-sunnah kerana ia membawa kepada keberkesanan yang bertambah dalam pendabiran sesebuah kerajaan atau organisasi.
 Demokrasi Pilihanraya
Demokrasi pilihanraya adalah pungutan suara rakyat secara langsung atau referendum rakyat dalam membuahkan keputusan dalam pentadbiran.Demokrasi berasal dari Era Greek Klasik dan telah diamalkan semenjak zaman Preotor Julius Cesar lagi.Demokrasi diamalkan secara meluas diserata dunia moden dan ditafsirkan kepada pelbagai jenis sebagai contoh demokrasi berparlimen dan sebagainya.Demokrasi sinonim dengan pilihanraya.DiMalaysia sebagai contoh,pilihanraya diadakan lima tahun sekali untuk memilih wakil kepada rakyat untuk memimpin pada terma lima tahun seterusnya.
Batu asas yang menjadi asas demokrasi sesuatu Negara adalah perlembagaan yang samaada ditulis atau tidak ditulis.Kebanyakan kandungan perlembagaan tersebut adalah berkisarkan mengenai undang-undang yang menumpukan pada kepentingan sesebuah Negara demokrasi.
Selepas pengenalan kepada majlis syura dan demokrasi diatas,penulis ingin lontarkan kembali soalan bahawa adakah berlaku kesesuaian antara aspek lahiriah dan akademik bagi sesuatu tamadun?Dan bagaimanakah untuk menyatukan dua aspek ini agar menjadi satu landasan yang relevan untuk mecapai keunggulan sesebuah tamadun sepertimana yang diujarkan oleh Professor Syed Naquib Al-Attas?
Penulis berpendapat bahawa sememangnya terdapat sedikit perbezaan-perbezaan antara Pilihanraya dan Majlis Syura.Namun begitu,persamaan-persamaan antara dua sistem ini memberi impak yang signifikan bahawa ideologi demokrat Islam tidak mustahil untuk diamalkan.Kita nilai satu per satu dimana asas kedua-dua sistem ini adalah suara rakyat yang diwakilkan kepada seorang wakil yang dilantik melalui persetujuan majoriti.Ini membuahkan satu keyakinan sebuah pilihanraya bernafaskan Islam dapat dilahirkan tanpa menceraikan intipati-intipati demokrasi.Syura adalah demokrasi.Demokrasi dan syura saling memiliki bahagian-bahagian satu sama lain jadi tidak mustahil jika Syura diamalkan dengan mengadakan pilihanraya demokrasi melantik wakil-wakil yang berkelayakan seperti yang dikehendaki oleh majlis syura dan seorang ketua majlis dilantik dan berperanan sebagai Speaker Dewan.
Penulis merumuskan bahawa dua sistem pentadbiran ini mampu digabungkan dan sebuah Negara Islam demokrat mampu dilahirkan dan perlembagaan demokrasi Islam mampu dijana.Meski ramai yang berpendapat bahawa sistem yang diperlakukan oleh Barat dengan sistem Persoalan mengenai dual undang-undang dan sebagainya akan penulis bincangkan di edisi-edisi yang akan datang,Insyaallah.




[1] Buku Teks Sejarah Tingkatan 5,Bab 1,Tamadun-tamadun Awal,Rosnanaini Binti Sulaiman
[2] Hikayat Saidina Abu Bakar,Abdul Latip Talib