Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita pencalonan bagi mengisi
kekosongan kerusi Parlimen Teluk Intan
dimana parti pembangkang Democratic Action Party(DAP) meletakkan calon terbaru
Dyana Sofya yang merupakan wanita melayu pertama yang bertanding mewakili parti
berbilangbangsa itu.Tambahan pula,Dyana Sofya merupakan lepasan Ijazah Sarjana
Muda Undang-Undang Universiti Teknologi Mara.Profil calon wanita ini mendapat
kritikan yang hebat terutama dari pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO bilamana
sebagai bekas pelajar universiti yang mengamalkan dasar kuota bumiputera
mewakili kerusi bagi parti pembangkang.
Ini menimbulkan tanda tanya adakah UiTM
didirikan atas sebab-musabab untuk menguntungkan parti politik tertentu atau
untuk memberi manfaat kepada rakyat.Rakyat mengundi untuk kerajaan untuk
kerajaan memberi khidmat pada rakyat.Batu asasnya Universiti Teknologi
Mara(UiTM) adalah institusi pendidikan rakyat dimana UMNO perlu berdiri sebagai
kerajaan yang memberi peluang pendidikan kepada rakyat bukannya berdiri sebagai
parti politik.Ada bezanya antara kerajaan dan parti politik.Parti politik
adalah nama sesebuah organisasi yang melalui proses pilihanraya lima tahun
sekali untuk mentadbir negara sebagai pemerintah(secara teori) manakala kerajaan
adalah pengurus sesebuah negara untuk mentadbir yang diwakili oleh Perdana
Menteri dan kabinet-kabinetnya(Eksekutif).Dengan kritikan-kritikan
pemimpin-pemimpin tersebut kepada Dyana Sofya dibuat atas dasar apa?Sebagai
sebuah kerajaan yang memberikan pendidikan kepada rakyat atau sebuah parti
politik untuk manfaat kepada parti itu sendiri?
Ada sebilangan yang mengatakan tindak-tanduk
Dyana Sofya yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Lim Kit Siang dan yang
terbaru calon Pilihanraya Kecil Teluk Intan dalam tiket parti pembangkang
sebagai tidak kenang budi.Ini diibaratkan sebagai “anak yang derhaka kepada
ibubapa” kerana beliau telah mendapat pendidikan di UiTM dan mewakili parti
pembangkang.Ini dilihat oleh penulis sesetengah pihak yang mengatakan hal itu
seperti mengharapkan balasan daripada Dyana sebagai lepasan ijazah UiTM.Saya
berani mengatakan analogi “anak derhaka” itu adalah kurang relevan kerana
ibubapa tidak ada galang-ganti tetapi kerajaan boleh bertukar lima tahun
sekali.Tiada undang-undang yang jelas mengatakan lepasan graduan universiti
tidak dibenarkan untuk memihak kepada mana-mana parti.
Mengapakah mereka seperti mengharapkan balasan sedangkan memberi
pendidikan itu adalah tugas mereka sebagai kerajaan?Sedangkan kebebasan untuk
berpolitik itu adalah hak rakyat dalam negara demokrasi dan ini termaktub dalam
Perkara 10(1)(C) Perlembagaan Persekutuan dimana semua rakyat berhak untuk
berorganisasi.Perkara ini memberi makna bahawa semua rakyat Malaysia berhak
mendapat kebebasan untuk menyokong mahupun menganggotai mana-mana parti
politik.
Terbaru,terpampang disatu laman web MalaysiaToday.net komentar dari
Datuk Jahara Hamid(BN-Teluk Air Tawar) mengenai isu Dyana Sofya yang berbunyi
“she was ungrateful to the Barisan Nasional as she is a product of its
education system”.Ini menampakkan lagi mereka lebih mengangkat martabat parti
itu sendiri lebih daripada menjaga kepentingan rakyat untuk beroleh pendidikan.Apa
yang ingin ditekankan disini adalah lebih baik jika diutamakan dahulu
peranan-peranan kerajaan persekutuan dan nama parti akan naik dengan sendirinya
melalui hasil tanggungjawab sebagai kerajaan.Adakah kerajaan hanya mahu memberi
pendidikan kepada golongan yang menyokong sahaja?Tidak.Kenyataan tersebut jelas
bahawa mereka lebih mengangkat berat isu parti berbanding kepentingan rakyat
sendiri dan apabila timbul sahaja isu,masing-masing menuding jari tanpa idea
penyelesaian.
Sepertinya
mereka harus matang dalam berkerajaan mahupun berpolitik.Ya tidak dinafikan
UiTM sememangnya lahir daripada UMNO itu sendiri dan secara kasarnya tindakan
Dyana Sofya itu dilihat sebagai tidak mengenang jasa.Tetapi terdapat pelbagai
lagi wacana lain untuk mengelakkan perkara-perkara begini.Selain dari memberi
kritikan-kritikan yang mengundang pertikaman lidah sesama masyarakat.Parti
politik diibaratkan sebagai sebuah kedai dan biarkan rakyat sebagai pembeli
menilai kedai yang terbaik.Ini bermakna parti politik yang memerintah perlu
lebih inovatif dengan memberikan seberapa baik perkhidmatan kepada rakyat dan biarkan
rakyat sebagai pengundi memilih parti politik mana yang terbaik untuk memimpin
kerajaan.Tidak perlu saling kritik-mengkritik yang memaparkan ketidakmatangan
politik dalam negara sekaligus memberi imej buruk di mata dunia.
-Orang Timur (Mahasiswa Undang-undang
UiTM)
No comments :
Post a Comment