Monday, 30 June 2014

Ramadhan Ver 1 .




   Adalah menjadi kelaziman bagi semua umat Islam termasuk penulis sendiri untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan bagi menjalani ibadah yang menjadi sebahagian dari rukun islam.Ibadah sunat terawih yang sinonimnya mengisi gelap malam ramadhan dilaksanakan disetiap masjid-masjid diseluruh dunia.Penulis dengan rasa berbesar hati mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan berharap Ramadhan kali ini membawa makna bukan hanya sekadar kosong.Salam Ramadhan.

Friday, 27 June 2014

Ayo! Pemuda .



Darah muda,
biar nurani datang mengilhami
berteriak lantang sepenuh hati
biar bergema seluruh isi bumi
agar hilang gempita di sanubari
darah yang mengalir deras
dengan daya pemikiran yang pantas
buat kuasa meninju ketumpatan pemikiran tua
pemikiran tua yang tak pernah kenal erti ganjak
kekal papa di tampuk yang lama.

Pembebasan Dakwat dan Darah



“Bila deras darah pendekar-pendekar tanah air tatkala jejak jejari kaki sang penjajah ke tanah tumpah negara maka terhunus keris tombak dan yang seangkatan dengannya bertentangan dengan meriam-meriam yang kenyang mampat dengan peluru-peluru padu yang membawa binasa”

Berbaloikah wacana kemerdekaan yang kita ukir dengan dakwat hitam putih jika dibandingkan dengan harga sejumlah darah-darah pemuda yang berperang demi untuk memburu sebuah kebebasan?
Hal ini dipertikaikan segolongan masyarakat kini yang mempersoalkan perbandingan antara negara Malaysia dan Indonesia berkenaan wacana kemerdekaan.Kita rungkai satu persatu.

Di Indonesia sewaktu berlaku pencerobohan tentera Belanda yang kembali untuk menakluk Indonesia setelah kekalahan Jepun pada sekitar tahun 40-an,rakyat Indonesia telah bersatu dan berorganisasi memerangi tentera Belanda dengan cara berperang yang melibatkan pertumpahan darah.

Di Malaysia pula delegasi ke London yang dikepalai Tunku Abdul Rahman adalah untuk mendapat persetujuan dari British untuk mendapat pengiktirafan kemerdekaan selepas diluluskan segala deklarasi-deklarasi oleh suruhanjaya seperti Reid dan Cobbold.

Sebenarnya tidak mengira segala apa cari pun untuk membandingkan kemerdekaan antara sebuah negara dan sebuah negara.Setiap negara punya hak dan falsafah masing-masing untuk menggapai kemerdekaan.Ada yang menggunakan fungsi evolusi yang mengekalkan keamanan untuk merdeka dari penjajah dan sebagainya.Isi yang penting adalah bagaimana pasca-pasca kemerdekaan ini menilai harga-harga kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh nenek moyang mereka.Itu yang menjadi jawapan kepada persoalan diatas.

Ku sergah nyenyak sang kapitalis


Semalam setelah pulang dari Perpustakaan Tunku Abdul Rahman 1,aku berehat sebentar dirumah bersama rakan-rakan persejuangan.Sedang rancak kami bersembang sehingga memecah hening suasana 4 pagi,aku meminjam sebentar komputer riba milik sahabat.Simpanan pertama yang menarik perhatianku adalah fail tayangan gambar berjudul "Pendekar Bujang Lapok".Ya seperti yang kalian tahu hasil karya agung seniman Tan Sri P Ramlee ini telah dilihat segenap masyarakat tempatan mahupun negara jiran serumpun.


Selang dua jam aku menonton cerita ini,terdapat babak dimana masyarakat Melayu yang miskin pada ketika itu sedang menjalani kehidupan mereka yang rutin di sebuah jeti milik seorang kaya yang angkuh lagi sombong.Suanasa hiruk-pikuk yang sememangnya biasa di jeti bilamana marhaen-marhaen menanti giliran untuk menaiki sampan untuk menyeberang.Seperti biasa petir mana tidak berdentum pertengkaran pasti berlaku antara penumpang-penumpang dengan anjing-anjing pekerja jeti tersebut.Untuk dipantaskan cerita seorang tua telah berkelahi dengan pekerja-pekerja tersebut dan timbullah huru-hara yang tercetus dek pertelingkahan tersebut.


Maka apa yang aku dapat masa menonton babak itu adalah sebuah revolusi yang aku fikir sengaja P Ramlee siratkan dalam filem.Tidak ramai yang berani untuk mengeluarkan langkah demi sebuah kebebasan.Tidak aku nafikan tidak sikit juga yang bersependapat dengan aku bahawa sebuah revolusi itu perlu dalam usaha sebuah pembebasan.Menurut sarjana falsafah Immanuel Kant,"Pencerahan(Pembebasan) adalah apabila kita berjaya keluar dari kepompong ketidakmatangan" yang bererti untuk beroleh sebuah pembebasan,seseorang insan itu perlulah memasuki lembah kematangan untuk berfikir sendiri akan setiap langkah tanpa disekat oleh perihal luaran.Kembali pada cerita tadi,kita perlu sedar bahawasanya kapitalis akan terus memijak bangsa-bangsa marhaen agar terus memberi nasi kepadanya agar kenyang.Nasi yang sepatutnya adalah hak-hak pada yang miskin.Dengan hal ini,yang miskin akan terus papa dan mati dan yang kapitalis akan terus makan dan beranak tak ubah seperti babi.


Sejarah membuktikan ketamakan monarki Tsarist di Rusia jatuh ditangan kumpulan revolusi Bolshevik hingga mampu menubuhkan sebuah republik sosialis milik mereka yang berjuang yang dikenali Kesatuan Soviet yang berjaya menumpaskan raksasa Nazi di Jerman.Revolusi seringkali kita lihat sebagai satu cara kasar untuk menggulingkan kuasa,tetapi apa guna pilihanraya disesebuah negara yang diperintah kapitalis korup?Sampah.

Kekuatan revolusi boleh menghasilkan impak yang luarbiasa,menghemburkan isihati rakyat demokrasi padu meruntuhkan autoritarian berselimutkan gebar demokrasi sang kapitalis.Lihat saja betapa ramai mereka yang terpaksa menerima 5 sen sehari untuk membeli roti sedangkan roti berharga 30 sen sebuku.Ini semua anasir-anasir kapitalis yang tiada perimanusia.Mereka sedang lena tidur...

 

Monday, 9 June 2014

Pembebasan antara Darah dan Api dengan Dakwat Pen.



 “Bila deras darah pendekar-pendekar tanah air tatkala jejak jejari kaki sang penjajah ke tanah tumpah negara maka terhunus keris tombak dan yang seangkatan dengannya bertentangan dengan meriam-meriam yang kenyang mampat dengan peluru-peluru padu yang membawa binasa”

Berbaloikah wacana kemerdekaan yang kita ukir dengan dakwat hitam putih jika dibandingkan dengan harga sejumlah darah-darah pemuda yang berperang demi untuk memburu sebuah kebebasan?
Hal ini dipertikaikan segolongan masyarakat kini yang mempersoalkan perbandingan antara negara Malaysia dan Indonesia berkenaan wacana kemerdekaan.Kita rungkai satu persatu.
Di Indonesia sewaktu berlaku pencerobohan tentera Belanda yang kembali untuk menakluk Indonesia setelah kekalahan Jepun pada sekitar tahun 40-an,rakyat Indonesia telah bersatu dan berorganisasi memerangi tentera Belanda dengan cara berperang yang melibatkan pertumpahan darah.
Di Malaysia pula delegasi ke London yang dikepalai Tunku Abdul Rahman adalah untuk mendapat persetujuan dari British untuk mendapat pengiktirafan kemerdekaan selepas diluluskan segala deklarasi-deklarasi oleh suruhanjaya seperti Reid dan Cobbold.
Sebenarnya tidak mengira segala apa cari pun untuk membandingkan kemerdekaan antara sebuah negara dan sebuah negara.Setiap negara punya hak dan falsafah masing-masing untuk menggapai kemerdekaan.Ada yang menggunakan fungsi evolusi yang mengekalkan keamanan untuk merdeka dari penjajah dan sebagainya.Isi yang penting adalah bagaimana pasca-pasca kemerdekaan ini menilai harga-harga kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh nenek moyang mereka.Itu yang menjadi jawapan kepada persoalan diatas.

Wednesday, 4 June 2014

Badak Anarkis

Gua "badass" bukan?
Aku seekor badak yang besar,
Badak yang tiada peduli apa,
Aku kunyah apa yang aku mahu,
Aku perjuangkan apa yang aku lakukan,
Tiada aku peduli apa-apa hirarki,
Kerna aku Badak bebas
Badak Anarkis..