“Bila deras darah pendekar-pendekar tanah air
tatkala jejak jejari kaki sang penjajah ke tanah tumpah negara maka terhunus
keris tombak dan yang seangkatan dengannya bertentangan dengan meriam-meriam
yang kenyang mampat dengan peluru-peluru padu yang membawa binasa”
Berbaloikah wacana kemerdekaan yang
kita ukir dengan dakwat hitam putih jika dibandingkan dengan harga sejumlah
darah-darah pemuda yang berperang demi untuk memburu sebuah kebebasan?
Hal ini dipertikaikan segolongan
masyarakat kini yang mempersoalkan perbandingan antara negara Malaysia dan
Indonesia berkenaan wacana kemerdekaan.Kita rungkai satu persatu.
Di Indonesia sewaktu berlaku
pencerobohan tentera Belanda yang kembali untuk menakluk Indonesia setelah
kekalahan Jepun pada sekitar tahun 40-an,rakyat Indonesia telah bersatu dan
berorganisasi memerangi tentera Belanda dengan cara berperang yang melibatkan
pertumpahan darah.
Di Malaysia pula delegasi ke London
yang dikepalai Tunku Abdul Rahman adalah untuk mendapat persetujuan dari
British untuk mendapat pengiktirafan kemerdekaan selepas diluluskan segala
deklarasi-deklarasi oleh suruhanjaya seperti Reid dan Cobbold.
Sebenarnya tidak mengira segala apa
cari pun untuk membandingkan kemerdekaan antara sebuah negara dan sebuah
negara.Setiap negara punya hak dan falsafah masing-masing untuk menggapai
kemerdekaan.Ada yang menggunakan fungsi evolusi yang mengekalkan keamanan untuk
merdeka dari penjajah dan sebagainya.Isi yang penting adalah bagaimana
pasca-pasca kemerdekaan ini menilai harga-harga kemerdekaan yang telah
diperjuangkan oleh nenek moyang mereka.Itu yang menjadi jawapan kepada
persoalan diatas.
No comments :
Post a Comment