Semalam setelah pulang dari Perpustakaan Tunku Abdul Rahman 1,aku berehat sebentar dirumah bersama rakan-rakan persejuangan.Sedang rancak kami bersembang sehingga memecah hening suasana 4 pagi,aku meminjam sebentar komputer riba milik sahabat.Simpanan pertama yang menarik perhatianku adalah fail tayangan gambar berjudul "Pendekar Bujang Lapok".Ya seperti yang kalian tahu hasil karya agung seniman Tan Sri P Ramlee ini telah dilihat segenap masyarakat tempatan mahupun negara jiran serumpun.
Selang dua jam aku menonton cerita ini,terdapat babak dimana masyarakat Melayu yang miskin pada ketika itu sedang menjalani kehidupan mereka yang rutin di sebuah jeti milik seorang kaya yang angkuh lagi sombong.Suanasa hiruk-pikuk yang sememangnya biasa di jeti bilamana marhaen-marhaen menanti giliran untuk menaiki sampan untuk menyeberang.Seperti biasa petir mana tidak berdentum pertengkaran pasti berlaku antara penumpang-penumpang dengan anjing-anjing pekerja jeti tersebut.Untuk dipantaskan cerita seorang tua telah berkelahi dengan pekerja-pekerja tersebut dan timbullah huru-hara yang tercetus dek pertelingkahan tersebut.
Maka apa yang aku dapat masa menonton babak itu adalah sebuah revolusi yang aku fikir sengaja P Ramlee siratkan dalam filem.Tidak ramai yang berani untuk mengeluarkan langkah demi sebuah kebebasan.Tidak aku nafikan tidak sikit juga yang bersependapat dengan aku bahawa sebuah revolusi itu perlu dalam usaha sebuah pembebasan.Menurut sarjana falsafah Immanuel Kant,"Pencerahan(Pembebasan) adalah apabila kita berjaya keluar dari kepompong ketidakmatangan" yang bererti untuk beroleh sebuah pembebasan,seseorang insan itu perlulah memasuki lembah kematangan untuk berfikir sendiri akan setiap langkah tanpa disekat oleh perihal luaran.Kembali pada cerita tadi,kita perlu sedar bahawasanya kapitalis akan terus memijak bangsa-bangsa marhaen agar terus memberi nasi kepadanya agar kenyang.Nasi yang sepatutnya adalah hak-hak pada yang miskin.Dengan hal ini,yang miskin akan terus papa dan mati dan yang kapitalis akan terus makan dan beranak tak ubah seperti babi.
Sejarah membuktikan ketamakan monarki Tsarist di Rusia jatuh ditangan kumpulan revolusi Bolshevik hingga mampu menubuhkan sebuah republik sosialis milik mereka yang berjuang yang dikenali Kesatuan Soviet yang berjaya menumpaskan raksasa Nazi di Jerman.Revolusi seringkali kita lihat sebagai satu cara kasar untuk menggulingkan kuasa,tetapi apa guna pilihanraya disesebuah negara yang diperintah kapitalis korup?Sampah.
Kekuatan revolusi boleh menghasilkan impak yang luarbiasa,menghemburkan isihati rakyat demokrasi padu meruntuhkan autoritarian berselimutkan gebar demokrasi sang kapitalis.Lihat saja betapa ramai mereka yang terpaksa menerima 5 sen sehari untuk membeli roti sedangkan roti berharga 30 sen sebuku.Ini semua anasir-anasir kapitalis yang tiada perimanusia.Mereka sedang lena tidur...

No comments :
Post a Comment