Edisi 1 : Syura dan Pilihanraya Demokrasi
Adapun pemodenan itu dilihat sebagai langkah-langkah mengorak hadapan
sesuatu bangsa dan masyarakat sesebuah negara,kecemerlangan akademik yang
mengukur kemajuan sesuatu bangsa sepertimana yang dikatakan oleh cendekiawan
barat,Darcy Riberio membuktikan kecukupan untuk menjadi satu pencapaian
ketamadunan yang tinggi.Itu menurut perspektif barat,manakalah apa yang dikatakan
oleh cendekiawan islam tempatan,Profesor Syed Naquib Al-Attas adalah pencapaian
ketamadunan sebuah tamadun itu adalah dengan mengikut ukuran pencapaian
akademik dan lahiriah dan hujah ini disokong oleh ilmuan barat seperti RA
Buchanan[1].Apa
yang menjadi persoalan dan isu yang membutuhkan sejuta kefahaman disini adakah
berlaku kesesuaian antara pencapaian akademik dan lahiriah ini?Bagaimanakah
untuk menggabungkan ekstrak-ekstrak akademik dan lahiriah ini?Kenapakah perlu
untuk dicampuradukkan aspek Islam konservatif dalam spiritual/lahirah dengan
aspek akademik liberal dalam politik
ini?
*Penulis menganalisis isu dalam
konteks Malaysia
Pertama sekali kita perlu lihat
dahulu kepada perbezaan-perbezaan yang terdapat pada konsep politik Islam dan
konsep politik barat dalam sistem syura dan system pilihanraya.
Syura
Syura atau dikenali sebagai Majlis Syura Negara bertanggungjawab dalam
membantu ketua negara Islam dalam melaksanakan pentadbiran negara kerana ia
berbatu asaskan suara-suara rakyat. Perkataan syura berasal daripada perkataan
Arab yang bermaksud mesyuarat . Kepimpinan pemerintahan dan pentadbiran Islam
berasaskan sistem perbincangan , perundingan dan nasihat dalam menentukan
keputusan dan ketetapan.Sebelum penulis berbicara panjang mengenai Syura,terlebih
dahulu penulis akan menceritakan dahulu sejarah dan asal-usul Syura.Selepas
kewafatan Rasulullah SAW,pengganti kepada pemerintahan baginda adalah
digelarkan gelaran Khalifah yang bererti pemimpin.Selepas tampuk pemerintahan
Rasulullah SAW tamat,empat zaman khalifah dilantik satu persatu bagi menyambung
pemerintahan Islam yang diterajui oleh Khalifah Saidina Abu Bakar yang
merupakan khalifah pertama.Khalifah kedua ialah Saidina Umar Al-Khattab,ketiga
ialah Saidina Ali dan selepas pembunuhan Saidina Ali,Khalifah keempat dan
terakhir dilantik iaitu Saidina Uthman Al-Affan.Keempa-empat Khulafa Arrasyidin
ini dilantik melalui sistem syura bilamana ketua-ketua dari segenap kabilah
berkumpul,berunding dan mendapatkan keputusan sebulat suara bagi melantik
khalifah yang baru.Adapun pendapat yang mengatakan sistem syura ini bermula
dari zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar Al-Khattab.Namunbegitu melalui
pembacaan penulis dalam Hikayat Saidina Abu Bakar dalam pengarangan oleh Abdul
Latip Talib bahawa sejak dari zaman Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq lagi
telah menggunakan sistem syura dan ini bermakna aplikasi majlis syura pada
zaman khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan pengenalan majlis syura adalah
dari zaman Rasulullah SAW. [2]
Jikalau kita melihat
tugas-tugas atau portfolio majlis syura dalam konteks pembahagian kuasa,majlis
syura dikategorikan sebagai kuasa eksekutif dalam melaksanakan pentadbiran
dizaman Khulafa Arrasyidin.Sepertimana yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan
kabinet-kabinet menteri dalam pemerintahan negara.Majlis Syura juga menjadi
sandaran atau rujukan untuk melaksanakan undang-undang Allah dimana ahli-ahli
majlis syura terdiri daripada golongan-golongan cerdik-pandai dan warak yang
dilantik sebagai ketua kepada kabilah-kabilah yang diwakili.Masyarakat pada
zaman arab klasik,masyarakat hidup dalam kabilah masing-masing mengikut
kategori nasab keturunan seperti Bani Quraish dan sebagainya.Ahli-ahli Majlis Syura dipilih dengan memenuhi
ciri-ciri seperti adil, berilmu, sejahtera anggota tubuh badan,
mempunyai pemikiran yang waras dan tajam serta tahu ilmu siasah (mempunyai visi
/wawasan terhadap masa depan negara, berani dan warak).Ini bertepatan dengan
tugas majlis syura yang menjadi sandaran atau rujukan untuk melaksanakan undang
Allah,ahli-ahli majlis syura seharusnya perlu berpengetahuan dan berilmu agar
keputusan yang benar dan muktamad dapat dibuahkan hasil dari perlaksanaan
mesyuarat atau majlis syura tersebut apabila timbul maslahat dalam kalangan
masyarakat.Penulis berpendapat secara kasarnya terlalu sukar untuk mendapatkan
wakil-wakil untuk menganggotai ahli majlis syura jikalau mengikut ciri-ciri
yang dikategorikan.Akan tetapi tidak mustahil dan ada sahaja negara-negara yang
mengamalkan sistem perundangan berbentuk Theology seperti Iran dimana Al-Quran
menjadi asas perlembagaan mereka dan mereka menggunakan majlis syura. Ini dapat
disimpulkan sememangnya dalam masyarakat amatlah sedikit yang bisa memenuhi
kriteria untuk menjadi ahli syura tetapi tidak sesekali mustahil untuk
diorganisasikan.Ini kerana keputusan yang dibuat perlulah wajar dan rasional
kerana Islam itu sendiri agama yang sempurna lagi menuntut pemikiran yang
rasional.
Jika diperhalusi dengan lebih
dalam majlis syura dilihat sebagai wacana dalam menguruskan pentadbiran
berlandaskan sistem perbincangan dan perundingan musyawarah dalam menentukan
sesuatu natijah dan tindakan.Ketetapan dan keputusan ditentukan melalui sebulat
suara ahli majlis menjadi salah satu prinsip utama syura. Amalan
Syura merupakan aspek penting yang dibrikan penekanan dalam sistem kepimpinan
Islam. Tunggak dalam dasar pemerintahan dan pentadbiran. Pelaksanaan semangat
syura di dalam pengurusan dituntut oleh al-Quran dan al-sunnah kerana ia
membawa kepada keberkesanan yang bertambah dalam pendabiran sesebuah kerajaan
atau organisasi.
Demokrasi Pilihanraya
Demokrasi pilihanraya adalah
pungutan suara rakyat secara langsung atau referendum rakyat dalam membuahkan
keputusan dalam pentadbiran.Demokrasi berasal dari Era Greek Klasik dan telah
diamalkan semenjak zaman Preotor Julius Cesar lagi.Demokrasi diamalkan secara
meluas diserata dunia moden dan ditafsirkan kepada pelbagai jenis sebagai
contoh demokrasi berparlimen dan sebagainya.Demokrasi sinonim dengan
pilihanraya.DiMalaysia sebagai contoh,pilihanraya diadakan lima tahun sekali
untuk memilih wakil kepada rakyat untuk memimpin pada terma lima tahun
seterusnya.
Batu asas yang menjadi asas
demokrasi sesuatu Negara adalah perlembagaan yang samaada ditulis atau tidak
ditulis.Kebanyakan kandungan perlembagaan tersebut adalah berkisarkan mengenai
undang-undang yang menumpukan pada kepentingan sesebuah Negara demokrasi.
Selepas pengenalan kepada majlis
syura dan demokrasi diatas,penulis ingin lontarkan kembali soalan bahawa adakah
berlaku kesesuaian antara aspek lahiriah dan akademik bagi sesuatu tamadun?Dan
bagaimanakah untuk menyatukan dua aspek ini agar menjadi satu landasan yang
relevan untuk mecapai keunggulan sesebuah tamadun sepertimana yang diujarkan
oleh Professor Syed Naquib Al-Attas?
Penulis berpendapat bahawa
sememangnya terdapat sedikit perbezaan-perbezaan antara Pilihanraya dan Majlis
Syura.Namun begitu,persamaan-persamaan antara dua sistem ini memberi impak yang
signifikan bahawa ideologi demokrat Islam tidak mustahil untuk diamalkan.Kita
nilai satu per satu dimana asas kedua-dua sistem ini adalah suara rakyat yang
diwakilkan kepada seorang wakil yang dilantik melalui persetujuan majoriti.Ini
membuahkan satu keyakinan sebuah pilihanraya bernafaskan Islam dapat dilahirkan
tanpa menceraikan intipati-intipati demokrasi.Syura adalah demokrasi.Demokrasi
dan syura saling memiliki bahagian-bahagian satu sama lain jadi tidak mustahil
jika Syura diamalkan dengan mengadakan pilihanraya demokrasi melantik
wakil-wakil yang berkelayakan seperti yang dikehendaki oleh majlis syura dan
seorang ketua majlis dilantik dan berperanan sebagai Speaker Dewan.
Penulis merumuskan bahawa dua
sistem pentadbiran ini mampu digabungkan dan sebuah Negara Islam demokrat mampu
dilahirkan dan perlembagaan demokrasi Islam mampu dijana.Meski ramai yang
berpendapat bahawa sistem yang diperlakukan oleh Barat dengan sistem Persoalan
mengenai dual undang-undang dan sebagainya akan penulis bincangkan di
edisi-edisi yang akan datang,Insyaallah.
No comments :
Post a Comment