Penulis
menterjemahkan erti universiti sebagai sebuah institusi idaman para ibubapa
untuk anak-anak mereka belajar disitu.Tanpa mengira samaada pra-diploma,diploma
mahupun sarjana muda sememangnya menjadi matlamat setiap ibu bapa untuk
menghantar anak mereka ke universiti bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi.Lebih-lebih lagi keluarga mahasiswa-mahasiswa yang berasal
dari desa-desa kampong.Bukan main seronok lagi bila anak-anak menunjukkan surat
tawaran kepada ibubapa yang sedang bercangkul di kebun(macam iklan2 di
Tv3).Setelah genap setahun aku bergelar mahasiswa undang-undang disebuah
universiti awam tempatan,aku lagi tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan
“Mahasiswa” dan apa sebenarnya yang “Mahasiswa” ini bermatlamatkan dalam
universiti sebenarnya?Jika jawapan yang diberikan pembaca adalah untuk menimba
ilmu,untuk apa sebenarnya ilmu itu digunakan?
“Plants are shaped by
cultivation and men by education. .. We are born weak, we need strength; we are
born totally unprovided, we need aid; we are born stupid, we need judgment.
Everything we do not have at our birth and which we need when we are grown is
given us by education” (Jean Jacques Rousseau, Emile, On Philosophy of
Education)
Seperti
yang kita fahami dimana mahasiswa-mahasiswa mempelajari lanjutan ilmu untuk
menghasilkan segulung ijazah bagi melayakkan mereka untuk diisi kedalam
lubang-lubang perkerjaan yang semakin terhad.Seperti teori ekonomi apabila
“supply” melebihi “demand” maka akan berlaku lebihan(excess
supply).Diaplikasikan apabila mahasiswa-mahasiswa ini yang berhempas-pulas
membakar lampu minyak tanah agar beroleh CGPA yang baik untuk melayakkan mereka
untuk berkerja.Berlaku persaingan disini,dimana mereka berebut antara satu sama
lain untuk beroleh perkerjaan.Hukum dunia telah mengatakan “the fittest
surivived” dan yang tidak bernasib baik ini terus disisir menjadi
penganggur.Ini yang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita, Kadar
pengangguran menunjukkan peningkatan. Jumlah penganggur mengikut statistik
Jabatan Perangkaan Malaysia adalah seramai 434,100 orang atau 3.3% daripada
jumlah tenaga buruh pada tahun 2013.
Namun
begitu,bukan itu yang ingin diperbincangkan disini.Apa yang ditekankan disini.Menjelang
pilihanraya Hulu Selangor pada tahun 2010 bilamana 4 orang mahasiswa universiti
tempatan ditangkap kerana menyalahi statut undang-undang AUKU kerana telah
melanggar seksyen 15(5)(a) kerana telah menghadiri aktiviti politik.Kes ini
telah diheret keluar tribunal universiti ke sidang Mahkamah Rayuan memberi
keputusan bahawa seksyen tersebut adalah tidak berpelembagaan kerana menafikan
hak berekspresi sepertimana yang tercatat pada Perkara 10 Persekutuan
Perlembagaan.
Hal
ini sangat membingungkan.Tidak tahu apa hala matlamat mahasiswa
sebenar.Mahasiwa adalah dilarang sama sekali untuk melakukan sebarang bentuk kajian yang mereka gemari
atas dasar merisikokan keselamatan negara sekaligus melahirkan tuduhan keatas
mereka seperti merosakkan keharmonian negara dan sebagainya sepertimana yang
termaktub dalam AUKU.Mahasiswa yang sepatutnya dilihat bergelumang dengan
masyarakat seiring dengan isu-isu semasa yang melanggar masyarakat
ini.Mahasiswa adalah gelaran pada golongan ahli akademik yang berdamping dengan
masyarakat,kenali masalah mereka dan berbincang untuk penyelesaian.Bukan hanya
sekadar duduk di meja study khusyuk memuatturun lagu-lagu Kpop dan bergossip.Lontaran
suara masyarakat tidak dipedulikan kerana tidak membawa untung pada pointer
mereka.
Mahasiswa
berlumba-lumba mengejar pointer setinggi langit,bagi sebuah perkerjaan yang
bagus.Manakala yang tidak bernasib baik,terus ditindas ketinggalan beroleh
pangkat penganggur.Perkara sebegini dapat kita lihat di universiti-universiti
tempatan.Mahasiswa-mahasiswa ini umpama banduan.Ya,banduan yang sedar akan apa
mereka lakukan terperangkap dalam penjara yang diberi nama AUKU.Banduan-banduan
ini diperhati oleh sebuah menara tinggi yang didiami oleh sebuah pemerhati yang
tidak diketahui oleh banduan-banduan dalam penjara tersebut (formula J.Bentham
mengenai Panoptic).
Disiplin
universiti atau pusat penjara tersebut menjadi kuasa warden penjara untuk
dikenakan kepada mahasiswa-mahasiswa(banduan) dengan sesuka hati.Membataskan
sebarang aktiviti penglibatan mereka dengan masyarakat yang dilihat sebagai
gerakan mahasiswa partisan sedangkan itu adalah apa yang perlu digalakan pada
mereka daripada mereka hanya sekadar terlentar membuta sepanjang hari ponteng
dari menghadiri kuliah.
Namun
begitu,undang-undang itu amat menakutkan mahasiswa-mahasiswa ini kerana ini
akan menyebabkan mereka dibuang universiti dan tidak lagi boleh meneruskan
pengajian lalu masa depan tergadai sia-sia.Maka tidak hairan lagi bahawa zaman
intelektual kita sudah berakhir dimana cendekiawan muda tidak lagi boleh aktif
dalam mengaplikasi ilmu oleh kerana undang-undang drakonik ini.Pengecualian
dalam wadah mereka untuk berpolitik menjadikan mereka layu dan tidak bervisi
kerana tidak dilatih dari muda atau mungkin pemerintah menyedari bahawa potensi
mereka sangat luar biasa lalu berkemungkinan menggugatkan kedudukan politik
mereka saya tidak dapat mengetahui wallahualam.
Dalam
keadaan begini,berlaku golongan yang ditindas dan menindas.Mahasiswa hanya
mampu mengikut telunjuk dan tidak dibenarkan berfikir sendiri.Mahasiwa tidak
ubah seperti lembu yang dicucuk hidungnya.Oleh itu mahasiswa perlu turun padang
bagi menghadam masalah-masalah masyarakat sebagai salahsatu praktikal untuk
mereka memimpin dimasa hadapan.Masa berputar semakin pantas,pucuk pimpinan
terkini makin beruban.Strategi baru perlu diatur agar kita keluar dari tampuk
yang lama kepada pimpinan baru yang lebih berstrategi.Penglibatan mahasiswa
dalam aktiviti-aktiviti masyarakat adalah amat digalakkan agar mereka bias
memahami rencam budaya dan sosial tempatan sekaligus pendedahan ini
mengembalikan kegemilangan intelektual masyarakat Malaysia di masa hadapan.
Wahai
sahabat-sahabat mahasiswa sekalian,era authoritarian negara telah lama berakhir
semenjak keputusan Tun Mahathir untuk meletak jawatan dari kepimpinan
negara.Ayuh kita bersama melakukan sebuah transformasi mahasiswa yang baru
dengan menghidupkan kembali “public corner” yang membincangkan isu-isu
ekonomi,sosial dan budaya.Akal muda tak seharusnya menjadi lampiran sebelah
dokumen-dokumen university tapi sebaliknya digunapakai agar tidak terus mati.
Kesimpulannya,sistem
penjara sudah tidak perlu lagi kita gentar dan takuti.Mahasiswa era baru harus
terus muncul dan beranak-pinak.Masa untuk berjuang sudah terpanggil.Sediakan
makalah-makalah berkandungkan substance muda untuk kita perbincangkan disidang
universiti.Gantikan segala parti domba kursus kahwin bagai dengan persidangan
intelektual tanpa terikat dengan undang-undang.Biar mahasiswa berluah pendapat
dan buah pemikiran.Mahasiswa perlu bangkit.Buktikan kebolehan
mahasiswa,mahasiswa baru.Ayuh!
No comments :
Post a Comment