Ramadhan sedang kunjung tiba,disuatu malam sebuah
perjalanan yang tidak terancang bersama sahabat ke sebuah gerai makan yang
terletak berdekatan dengan “flyover” yang menuju ke Seksyen 17 Padang
Jawa.Selesai membeli sekotak rokok aku secara tidak sengaja teringin untuk
melewati gerai tersebut yang namanya unik bagiku,”Apau Gastro”.
Sampai di Apau Gastro,aku memesan segalas coke dan
secangkir kopi susu buat sahabat.Kretek masing-masing dinyalakan dan sembang
kami bermula.Sementelahan itu masing terngiang-ngiang ditelinga minda aku akan
apa makna yang tersirat disebalik nama gerai ini yang aku pendam sekian lama
untuk menggali maksudnya.Dilema itu berakhir setelah seorang pak cik yang tidak
dikenali meminta anak-anaknya untuk kemaskan gerai seperti untuk menutup ruang
perniagaannya kerana hari sudah lewat dan pelanggan tidak ramai yang datang.
Kami hampir untuk bersurai namun pakcik itu
membenarkan kami bersembang lama.Kemudian pakcik itu mengambil kerusi dan duduk
bersama kami semeja.Pakcik tersebut menyalakan sigaretnya dan mulalah sebuah
ta’aruf antara kami dan pakcik itu.Rupa-rupanya pakcik itu adalah pemilik gerai
ini.
Sekali nama “Apau Gastro” itu diambil sempena nama
beliau Pakcik Apau dan Gastro itu dicadangkan oleh salah seorang anak lelaki
beliau.Aku menghembus nafas puas setelah segala persoalan yang menghantui fikiran aku terjawab.Namun begitu lahir
sebuah lagi kemahuan aku untuk terus mendalami kepala Pakcik itu dan gerai ini.
Gerai Apau Gastro ini bangunannya disewa Pakcik Apau
oleh abangnya yang entah keberapa.Menuruntnya beliau mempunya 13 orang adik
beradik dan beliau merupakan anak keempat.Beliau telah dibesarkan di Padang
Jawa ini sudah hampir lebih 60 tahun.Pelbagai perubahan telah dijalankan di
Padang Jawa ini termasuklah pembinaan flyover yang merentas laluan Keretapi
Tanah Melayu Bersekutu(KTMB) yang menjadi transit utama penduduk-penduduk
sekitar Padang Jawa.Untuk menambahkan perisa cerita, Pakcik Apau menceritakan
tentang pembangunan bandar Shah Alam yang meningkat naik secara drastik kerana
penubuhan Universiti Teknologi Mara(UiTM).Pelbagai kenangan telah beliau lalui
selama usia 60 tahun beliau menetap disitu.
Itu satu
perkara,berdasarkan segenap pemerhatian yang aku peroleh semenjak aku mula
menapak di Padang Jawa,aku lihat Padang Jawa seperti sebuah perkampungan Melayu
dan India yang agak setinggan dari kekampungan yang lazim kita lihat di
desa.Jadi apakah Padang Jawa ini dihenjut oleh tumbukan taraf kos hidup tinggi
dari bandar?Persoalan itu tidak lagi aku perolehi jawapan yang jitu.
Dari pandangan
yang lain,aku merasakan kehadiran pembangunan projek-projek mega di Shah Alam
membuka peluang buat anak-anak kampong untuk mendapat peluang pekerjaan dimana
mereka berpotensi untuk meningkatkan taraf-hidup keluarga mereka.Namun hal ini
agak berbeza dengan apa yang disaksikan mata kepala aku.Aku meneruskan
pemerhatian.
Baru-baru ini
aku mendengar khabar berita mengenai sebuah penipuan perniagaan yang telah
berlaku dikawasan tempat tinggal aku di Padang Jawa.Rata-rata mangsa penipuan
adalah kaum India yang tinggal berhampiran.Iklan penipuan itu telah aku sedari
yang mana menawarkan perkerjaan di rumah dan mampu menghasilkan pendapatan RM
800 sebulan.Ya,ia kedengaran sangat lumayan.Namun apa yang pasti hanyalah liter
air mata yang keluar dari mangsa bukan yang sebaliknya.Selanjutnya mengenai
perkara itu,tiada perkhabaran baru yang aku dapat.Apa yang ingin aku bangkitkan
disini,masyarakat miskin akan terus diperdaya kapitalis durjana jika mereka
tidak diberi kesedaran dan pendidikan mengenai hal itu.Benarlah kata orang
putih,di dunia era globalisasi ini,hanya yang kuat akan terus bertahan manakala
yang lemah kekal ditindas.
Apa yang membuatkan semua ini terjadi?Adakah golongan
kaya ini dididik semata-mata untuk membawa keuntungan dalam periuk nasi sendiri
tanpa menghiraukan orang lain?Bagi aku perkara ini tak seharusnya dibiarkan.Dimana terletaknya perikemanusiaan dalam diri kita melihat anak-anak kita bisa main di taman hiburan,anak mereka hanya bergembira di perlongkangan.
14 Julai /15 Ramadhan Kuantan Pahang
No comments :
Post a Comment