Sunday, 13 July 2014

Minda Yang Digari



            
Sampai disini sahaja pemikiran kita
Biar menjulang setinggi langit akal dibina
Biar bernilam purnama akal minda kita mengeliga
Biar akal muda kita menjadi tua dan sia-sia

Suara dan minda yang digari Akta
Kebebasan berfikir yang dibatasi hukum-hukum auta
Melahirkan lambakan
Lambakan cendekia muda yang dibudak-budakkan
Kononnya membawa celaka dan bencana
Menjadi racun kepada bangsa dan negara

Pemerintah tirani kini bias diselimuti gebar demokrasi
Berdiri gah diatas nama demokrasi
Demokrasinya apa?
Demokrasi yang melimitasi kebebasan berideologi

Cukuplah dengan segala sampah ini
Kami kumpul bantah menyuarakan rasa muak
Muak menelan bubur yang sama
Bubur lama yang pahit rasanya seperti menelan hempedu busuk
Kami dahagakan sebuah pembaharuan
Pembaharuan yang baik kamil buat kami dan anak-anak kami
Bukakanlah pekung gari dari minda kami.


No comments :

Post a Comment